Wednesday, 4 January 2012

Kumpulan Lefthanded sebuah kumpulan rock yang ditubuhkan di Johor Baharu pada tahun 1979. Terdiri dari vokalisnya, Nash (Nashrudin Elias), Man Kidal (Abdul Rahman Mahmood), Man Dayak (Rahman Othman), Yan (Amran Marsiman) dan Allahyarham Samad (Abdul Samad Mian) meninggal dunia pada 23 Oktober 2008, kerana sesak nafas. Nash bergerak solo pada awal tahun 90 an begitu popular dengan lagu Pada Syurga Diwajahmu dan 'Lagu Berhantu' Zahir Tak Terucap.



ZAHIR TAK TERUCAP - NASH



Nyata bukan khayalan
Apa yang aku alami
Kau menjelma setelah menghilang
Kini berdiri di lamanku

Teramat getir keadaan ini
Nak kubiarkan tak sampai rasa di hati
Andai kusambut itu bererti
Berdosanya diriku ini

Aku terpaksa kuburkan
Walaupun kasihku ada
Harus kuterima hakikat
Dia masih memerlukanmu

Nyata bukannya khayalan
Apa yang aku alami
Kau menjelma setelah menghilang
Mengharap suatu yang tak mungkin

Terbongkar kini
Yang dulu terkunci
Namun semua itu
Sudah tak bererti
Silapnya kita saling memendam
Sukar meramal perasaan

Aku sememangnya ada
Menyimpan kasih padamu
Cuma zahir tak terucap
Kerna dibayang rasa sangsi

No comments:

Post a Comment